WiLet

Memperkenalkan program WiLet business

Peluang terbaik bagi mendapatkan barangan elektrik untuk keperluan rumah KHAS buat para Penjawat Awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan di Malaysia melalui potongan ANGKASA.

Hanya 4 dokumen sahaja diperlukan dan anda boleh mengambil barangan elektrik pilihan anda di mana-mana cawangan Wah Lee Group berdekatan dengan anda. Nikmati kemudahan pembiayaan sehingga 5 tahun.

Mulakan perjalanan anda bersama WiLet Business dan nikmati kemudahan barangan elektrik bersama WAH LEE GROUP

Hanya empat dokumen sahaja diperlukan. Mohon Sekarang.

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pemohon tidak disenarai hitam oleh Bank Negara.
  4. Pemohon mesti didaftarkan dalam Sistem Potongan Gaji ANGKASA.

Hanya 4 dokumen diperlukan

  1. Slip Gaji Terkini
    Pastikan anda mempunyai slip gaji terkini dari majikan semasa anda.
  2. Salinan Kad Pengenalan
    Pemohon mestilah menyediakan salinan kad pengenalan dalam bentuk salinan digital (soft copy).
  3. Borang Potongan ANGKASA (BPA)
    Pastikan anda telah mengisi borang BPA anda dan mendapatkan cop dari majikan anda.
  4. Surat Pengesahan Bekerja dari majikan
    Pemohon mestilah sediakan surat pengesahan pelantikan dari majikan semasa anda.

Soalan Lazim

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami.

WiLet menawarkan pelan sewa yang fleksibel untuk peralatan elektrik terkini, termasuk penyelenggaraan dan perlindungan tambahan sebagai jaminan.

Program ini terbuka kepada mereka yang mempunyai potongan gaji melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Program ini merangkumi pelbagai produk pengguna termasuklah peralatan rumah dan dapur, audio dan visual, gajet digital serta permainan video dan konsol.

Pemohon perlu memuat turun aplikasi TapTapLah di Google Play Store (untuk pengguna android) atau Apps Store (untuk pengguna IOS) atau anda boleh melayari laman web kami di TaptapLah. Kemudian anda boleh terus membuat permohonan secara digital. Senang kan?

Anda hanya perlu bayar yuran keahlian Koperasi Tanjong Keramat iaitu sebanyak RM 10 sahaja. Yuran tersebut akan dikembalikan kepada anda semula sebaik sahaja keahlian anda tamat.

Anda tidak perlu menyediakan penjamin.

Anda tidak perlu risau kerana Koperasi Tanjong Keramat Malaysia dan Pihak TapTapLah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 untuk memastikan segala maklumat peribadi anda selamat.

Boleh. Tetapi perlu diingatkan bahawa anda tidak akan menerima sebarang rebat penyelesaian awal dari pihak kami.

Tidak. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran apabila menerima produk anda.

Untuk makluman, bayaran bulanan anda akan ditolak melalui gaji anda oleh potongan ANGKASA sebaik sahaja anda menerima masuk gaji bulanan anda.

Apa tunggu lagi?

Scan the qr code or click https://getapp.taptaplah.com/ to download the TaptapLah and start your Matahari Program onboarding journey!

ms_MYMalay